Budak Intern
"Kesempurnaan adalah hasil dari perbuatan yang dilakukan berulang kali tanpa kenal menyerah" MINGGU KE LIMA. SELASA . 11 JULAI 2017 . BIRTHDAY AYAH Z . @OfficeAMTCKajang Selamat pagi. Siap buat report untuk hari semalam. Senyap. Masing-masing sibuk buat kerja. Ustaz Hafiz dok edit apa xtaw. Laju tangan menekan keyboard. Berbunyi. Orang ada bakat dalam multimedia dan editing, syok ah. Kami jugak mereput dekat sini. Nie partner intern aku, Mariam, 23, bujang, IIUM, Kelantan. Dia je selalu masak. Walaupon telur masak merah je, aku redha dan pasrah. Rezeki jangan ditolak kan. Haha. Buat masa sekarang ( selepas pindah rumah ) cik Ass yang masakkan untuk kami. Pergi kerja atas meja ada sarapan. Balik kerja makanan dah terhidang. Siapa yang tak seronok balik penat2 dapat terus makan, tak perlu berperang dekat dapur dah. Takdak lah penat mana pon sebab takdak kerja sangat. Duduk office menghadap pc je edit itu edit ini. Paling banyak aku buat tengok youtube...