Perlukah berhijab di hadapan perempuan non-muslim?


[DRAFT 1]

Assalamualaikum

Hi geng! Dua hari lagi kita umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Macamna persediaan?
Pakaian baru untuk terawikh da beli? Heee. Alhamdulillah mutabaah Ramadhan tahun nie dah siap. Harap istiqomah keyh!.

Ahaa, ada sorang junior nie tanya aku macamana nak berdepan dengan perempuan non-muslim. Kena pakai tutup semua macam kita keluar tu ke? atau ada bahagian2 yang boleh didedahkan?

Ramai dalam kalangan kita yang keliru tentang perkara ini. Yang pasti aurat wanita di hadapan lelaki yang bukan muhrim ialah seluruh anggota kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala di hadapan wanita lain pula, aurat kita bermula daripada pusat sehinggalah lutut. Jadi, bagaimana pula dengan soalan yang ditujakan dari junior tu? hmm. Adakah seperti aurat kita di hadapan lelaki atau di hadapan perempuan muslim?

Aku pernah suatu hari tu, masa PLKN. Satu dorm perlu ada dalam 20 orang. Budak2 india dok pakat nak dok satu dorm, dan2 pulak pilih dorm yang ada aku. halaihhh! Apalagi kalut la aku nie cari tudung dan stokin. Pause!

'Takkan lah aku 24 jam nak bertutup depan depa nie?'

''Hi, saya Khalish, Perak''. Mati monolog aku. Hahaha. Huluran salam bersambut. *teragak-agak jugak lah pada mulanya.

Sebelum serahkan phone pada staff kt situ, aku tanya pakcik google tentang aurat nie. Banyak baca maklumat dekat web. Baca, baca dan terus baca dan akhirnya jumpa :)

Allah S.W.T telah menyebut dalam firmannya: "Dan janganlah menampakkan perhiasan (aurat) kecuali kepada suami mereka... atau kepada para wanita mereka." (surah al-Nur 24:31)

Walau bagaimanapun para ulama ada berselisih pendapat dalam mentafsirkan perkataan ini
أو نِساْئهنَ. 

Pendapat 1: tidak boleh memperlihatkan aurat kepada wanita bukan islam.

Pendapat 2: boleh memperlihatkan aurat kepada wanita bukan islam.



Nanti aku try update dengan prof pasal nie.

Comments

Popular posts from this blog

10 sahabat Nabi yang dijanjikan Syurga

Tragedi sahur 2016

Qada' tidur