Tanya sama pokok apa sebab goyang. lalala~ *takdak kaitan
...sambungan... Semenjak dah sambung belajar ni. Aku makin terasa sukar. Sebab apa? Hati. Hati ni selalu diduga. Semenjak kemunculan Izzat juga aku jadi macam ni. Masa dengan Mustaqim dulu tak pula rasa di uji macam ni. Tapi bukankah cinta itu anugerah? Fatmah kata cinta tu anugerah. Kan. Kita tak boleh merungut. Selalu juga aku dengar kuliyah agama dari Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Don, UAI tentang cinta dan alam rumah tangga. Menarik. Hihi . Tapi bila yang alami sendiri perasaan tu adalah aku, Allahu. Sakitnya tuh disini! *k serius. Walaupun hubungan kami bertiga seperti tiada masalah, tapi aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena bila berjumpa. Mungkin bukan bertiga, berempat atau mungkin juga ramai. Peminat kata kau. Yer la Izzat Iskandar, bila sebut je nama, orang tahu yang dia seorang ahli ilmuan di universiti. Ku kira personaliti dia yang agak berse...