Tanya sama pokok apa sebab goyang. lalala~ *takdak kaitan

...sambungan...


Semenjak dah sambung belajar ni. Aku makin terasa sukar. Sebab apa? Hati. Hati ni selalu diduga. Semenjak kemunculan Izzat juga aku jadi macam ni. Masa dengan Mustaqim dulu tak pula rasa di uji macam ni. Tapi bukankah cinta itu anugerah? Fatmah kata cinta tu anugerah. Kan. Kita tak boleh merungut. 

           Selalu juga aku dengar kuliyah agama dari Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Don, UAI tentang cinta dan alam rumah tangga. Menarik. Hihi. Tapi bila yang alami sendiri perasaan tu adalah aku, Allahu. Sakitnya tuh disini! *k serius. 

          Walaupun hubungan kami bertiga seperti tiada masalah, tapi aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena bila berjumpa. Mungkin bukan bertiga, berempat atau mungkin juga ramai. Peminat kata kau. Yer la Izzat Iskandar, bila sebut je nama, orang tahu yang dia seorang ahli ilmuan di universiti. Ku kira personaliti dia yang agak bersederhana telah mencairkan hati mahasiswi2 di sini.

Aku bergegas memasukkan buku ke dalam beg. Bersegera sebab ada janji yang perlu ditunaikan. Jumpa Aina di Kafeteria HS pukul 11. Lambat 5 minit sahaja, bersedialah untuk tadah telinga.

''Assalamualaikum Aina. So, nak makan apa harini?'' Terus ambil tempat di hadapan Aina. Senyum. 
''Waalaikumussalam Fa. Aina tak rasa lapar sangat, rojak je kot'' Rojak di Cafe HS ni sedap tapi aku tak berapa suka sangat. Selagi ada nasik, aku makan nasik. Baru kenyang. Hoho.

          Kenyang. Alhamdulillah. "Baru je tak nak jumpa mamat annoying ni" Perlahan je dia bercakap.
'sapa pulak mamat annoying si Aina ni?' Kelibat Izzat lalu. Patutlah tegang semacam je muka minah depan aku ni. 

'Alahaii' Senyum. Walaupun Izzat tu tak pandang pun aku hatta sekilas, tapi gelombang bahagia tu tembus lepas ke hati. Hiks!.

"Kenapa awak macam tak suka ja dengan Izzat tu, Aina. Bukan dia ke yang awak suka dulu?" Memang berani habis seorang Effa bila tanya soalan tu. 

"Fyi bukan macam, tapi memang tak suka. Itu dulu. Sekarang nie berdoa yang dia tak pernah wujud. Hishh benci la." Tak pernah macam ni Aina. Nampak bengis.

          Soalan yang ditanya sepi tanpa jawapan. Aku nak tahu kenapa dia tak suka Izzat. Mungkin sebab buah mulut yang mengatakan Izzat sudah ada buah hati? Sembilu. Bohong kalau aku pun tak rasa sakit. Tapi sejauh mana kesahihan berita tersebut. Effa chill! 

"Effa ni masih suka Izzat?" Tiba-tiba. Seperti biasa tiada jawapan yang aku beri selain senyuman. Sedekah kan. 'Suka tu suka, tapi kalau dah macam ni halnya, saya lebih rela lupakan dia kalau awak sendiri pun rasa sakit.' Selagi boleh jaga hati dia, aku jaga.
 Aku mendongak melihat dia. Dia pula aku tengok kelihatan malu. Dah kenapa? Haha.
"Kenapa Aina pandang saya macam tu?" "Saja. Tapi memang betul Fa tak suka Izzat?"

Allahu, tak habis lagi rupanya. Aku tahu, Aina masih lagi menyimpan rasa pada lelaki yang baru sekejap melintas di hadapan kami tadi. 

"Saya suka je Izzat tu...sangat tapi sebagai kawan. Haha" Gelak dusta! Pandang jam. Pukul 2 ada kelas. Azan. Masing-masing senyap. Ramai yang bergegas menuju ke masjid tapi tidak bagi kami berdua. Mahu menghabiskan saki-baki perbualan tadi. 

"Aina tak boleh halang Fa, sebab Aina sendiri tak tahu siapa yang Izzat suka." Senyap.

"Hai Effa dan Aina... Kenapa nampak serius sangat korang ni? Berbincang apa ha?" tegur Muhaimin sambil membawa sepinggan nasi kerabu dan sebotol air mineral.

"Tak pa la Fa, Aina balik dulu. Anything kol yer. Jangan wasep aina, phone sakit." Kelakar. Aku tahu perbincangan tadi belum habis. Kita tunggu esok, comfirm naik lagi. hmmm. Dalam hati ada juga rasa marah pada Muhaimin kerana menganggu perbualan kami. Bukan sengaja pun.

Selepas berbalas senyuman, kami pun beransur pulang ke mahallah masing-masing. 'Aku sentiasa berdoa supaya apa yang kau nak tercapai, Aina.'


Salam sayang,

Amirah Farhanah.







 

Comments

Popular posts from this blog

10 sahabat Nabi yang dijanjikan Syurga

Tragedi sahur 2016

Qada' tidur