Karenah Orang Panas





Tension. Stress.
Define it!.


Apa topik kita hari ni?


PANAS BARAN. 
Aku terbaca satu article kat media semalam ... tentang panas baran. 

Aku sebenarnya pelik. Otak aku tak dapat dicerna secara baik. Tak penat ke seorang manusia 24hours nak marah orang? Tak penat ke deme nak hangin satu badan? Aku ... aku bila tengok orang marah2 nie, mula la rasa macam nak marah jugak. Memang selalu macam tu ke eh? 


Semoga aku dijauhkan dari sifat panas baran dan menjadi orang yang tabah serta sabar. Amin :) 






Semoga aku dan kau sama2 mengamalkan doa ni. 


Bila bercakap tentang sifat panas baran ni, aku nak bercerita tentang seseorang. Orang yang rapat dengan aku. Nama popularnya Si A. *Bukan nama sebenar


Si A mempunyai 5 orang adik beradik dan Si A merupakan anak sulung dalam keluarga. Si A tidak suka kalau ada orang yang cuba membalas kata2nya, semasa Si A sedang marah. 


Pada suatu hari, Si C yang merupkan adik ke3 bergaduh dengan Si B yang sememangnya adik no2 la kan, bergaduh tentang biji durian yang tidak dibuang di dalam tong sampah. Hurmm.... nie memang budak2 punya cerita. Si B dan Si C masing-masing tidak mahu mengaku dan saling salah-menyalahi.


"Siapa nak amik biji durian tu. Dah makan tahulah buang kat mana!" Tengking Si B.

"Bukan aku punya. Aku dah buang kt longkang tadi. Elok-elok sikit eh. Jangan nak tuduh orang. Ntah-ntah, kau punya. Cehh!"- Curah minyak.. Pumm...Lagi panas Si B tu.

Pssst3X... Depa tak tahu yang Si Along tengah lagi panas dengar depa bertekak....



"Dua2 kutip!!!"- Si A.
Haa, suara petir dah keluar.
Tapi Si B masih membisu n kaku. Si C sudah kecut perut, maka laju sahaja dia mengutip biji durian tu. Walaupon Si C tahu itu bukan salahnya. Anak mithali la masa nie. Takut bakhg.

Yang Si B ni pulak rajin sangat menjawab..
"Bukan aku yang punya buat apa aku nak kutip. Siapa makan tahu lah buang! Kau takyah sibuk la along!" Eheehhh, Si A pulak kene.

Ha....habislah kau B lepas nie.


"Kau dah kenapa?"-Si A.
"Apa. memang betul bukan aku punya."-Si B.
"Kau kan abang, tak boleh ke mengalah?"
"Taknak!"

Laju saja Si A berjalan. Prangggg...

Penampar setepek.

"Kau nie kalau tak menjawab tak sah.!"-Si A.
 Maka berlaku lah adegan pukul memukul. Huhhh, seram u.

See, can u imagine perkara nie boleh memberikan kesan yang lebih negatif dalam sebuah institusi kekeluargaan. Cehh, ayat kau~~

Bahaya. Seriously bahaya. Bukan tidak pernah berlaku pembunuhan dalam keluarga. Ayah bunuh mak.. Mak bunuh anak... anak bunuh mak... cucu bunuh atok. ngeee
Semuanya bila sikap panas baran tidak mampu dikawal. Bila marah menguasai diri, bertemankan syaitan yang keji berusaha mengapikan diri...


Astaghfirullah. Jauhkanlah hal sebegitu di dalam keluargaku ini. Amin.

La ni, aku just boleh nasihat kat dia. Aku bilang padanya;
"Hang nak ka hidup sorang2 kat umah hang nie?"
"Maksud hang?"- Si A.
"Nanti semua dah hilang, baru hang menyesal. Berubahlah :)"

Dia diam. Tersentap mungkin.





_EmyFaan75_

Comments

Popular posts from this blog

10 sahabat Nabi yang dijanjikan Syurga

Tragedi sahur 2016

Qada' tidur