Sepahit langkah
Bismillah.
I don't know how to start this.
Truth hurts, right?
I won't hide anymore.
Ya. Aku diberi peluang merasa sakit.
Diberi peluang merasa apa yang orang lain susah nak rasa.Allah datangkan satu ujian untuk uji sejauh mana sabar dan cekalnya diri aku sebagai pelajar universiti.
Bukan nak kecoh2, nak tunjuk macam aku sorang pernah lalui benda tu tapi semua nie untuk kebaikan bersama saling ingat-mengigatiuntuk kita sedar dan terus maju kedepan.
*Ayat nak win...!!!
Bukannya jadi macam diri aku lima bulan yang lalu.
Tak boleh move on.
sikit2 nak nangis.
Memandangkan aku nie kalau bab2 feeling touching aku juara.
Iyee, aku nampak kuat.macam nothing happened.
Tak, aku tak give up.tapi hampir... hampir putus asa.
In sya Allah,
selagi mana Allah pinjamkan kekuatan,selagi tu tak ada sebab untuk aku berhenti berjalan.Nak taw sebab apa..??
I'll tell u.
*lagu satu hari nanti-Kak Najwa berkumandang
_________________________________________________________
#throwback 1st year 1st semester at IIUM...
BAB 1
1230pm.
Ketika ini aku ralit menghafal, membaca sedikit.
Dhuha ku tinggal sebab nak pulun hafal FIQH.
For me, Fiqh nie killer subject.
Pukul 3pm exam kat CAC. Kenelah bersedia kan.
Berbaki 3jam lagi.
"Mira..."-Mariam
"yer saya :) kenapa?"
"susah yer soalan exam tadi"
Sudah jadi kebiasaan kami, mungkin, untuk berkongsi perasaan takut, sedih, malu, excited, mengada2, dan sebagainya.
Iya, dia memang senang diajak bicara.Yang pasti aku selesa dengan dia.Tak perlu berlakon baik untuk jadi 'seseorang'Dengan dia semua jalan.
Pokoknya, kami geng.
"merepek! Jawab pun tak lagi yam weiyh".
Lama. Tak berbalas.
Lima minit berlalu...
Vibrate Phone, mcj dari What's Up ku baca segera.
"Mira, awak tak pergi fiqh ke tadi?"-Mariam
"Apa awak nie. Jangan memain la. Exam kita kan pukul 3 sat gi". Gelabah sebenarnya.
Sengih.
Apa Mariam merepek nie. Takut sangat la tu.
"Mira... dah exam la tadi. Awak da kenapa?"
"nonsense! Jangan main2 la" Gusar. Sedikit marah.
Muka dikerut.
10Seconds...
Mariam call. Guna no Fatmah. Apahal deme nie.Bukan birthday aku pon hari nie nak kene2kan aku.
"Mira..."-Mariam
"Yer. Mariam, jangan main2 la, ok."
"Saya tak main2. Kita dah exam lah tadi pukul 9 pagi , mira.Suha, Fatmah, Nani semua ada. Awak kat mana sekarang?" Dia mula kalut. Agak tinggi nada suara dia.
Off. Aku tekan punat stop!
Segera ku capai jadual exam lalu diteliti.
Allah, rasa nak pengsan masa tu.
Rasa nak campak2 semua barang yang ada.
Tapi, tak buat la. Nanti penat aku kene kemas balik.
Rasa nak baling buku dan kertas2 fiqh yang ada kat sekeliling aku.
Semua rasa ada masa tu.
Tapi xda la sampai rasa nak bunuh diri.
Alhamdulillah, masih waras.
Ku teliti semula masa untuk subjek fiqh.
Terduduk longlai.
"Allah.."Masa tu tak taw nak buat apa dah.
Rasa gelap masa depan aku kat uia nie.
Hilang semua harapan aku.
Punah masa depan aku.
Itu saja yang mampu aku fikir.
_____________________________*BERSAMBUNG*__________________________
9:17PM

Comments
Post a Comment